Kayap atau nama Inggerisnya shingles adalah penyakit yang berasal daripada virus yang juga menyebabkan penyakit cacar air (chicken pox). Virus tersebut adalah Varicella-Zoster.
Orang-orang tua dulu percaya kalau ruam kayap itu bertembung atau bercantum mengelilingi badan seperti cincin maka kita akan mati. Tapi itu mitos je sebenanrya. Jarang ada kes kematian sebab kayap. Hehe.
Punca Kayap Ni Dari Mana?
Ia berpunca daripada jangkitan virus Varicella-Zoster yang pada mulanya menyebabkan masalah cacar air(chicken pox). Jangkitan tersebut selalunya berlaku apabila virus tersebut terkena pada bahagian mukosa(kulit dalam hidung dan mulut).
Disitu ia akan pergi ke seluruh badan dan menyebabkan penyakit cacar air(chicken pox). Apabila sistem imun badan mampu melawan virus tersebut, sebahagian daripada virus akan menjadi tidak aktif dan mendiami kawasan saraf yang terlibat dalam rangsangan dan juga deria sakit.
Apabila sistem imun pesakit menjadi tidak efektif, virus tersebut akan membiak semula dan lalu membentuk kayap.
Faktor risiko – Siapa Berisiko Kena Kayap?
Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan kayap terjadi:
- Umur yang semakin meningkat. Ini kerana semakin meningkat usia, sistem imun menjadi semakin kurang efektif
- Sistem imun yang berkurangan disebabkan penyakit seperti HIV
- Rawatan yang melemahkan sistem imun. Sebagai contoh rawatan kemoterapi ataupun steroid
Walaubagaiamanapun, terdapat beberapa penyakit juga yang akan meningkatkan risiko untuk menghidapi kayap. Ianya adalah:
- Rheumatoid Arthritis
- Penyakit keradangan usus(Inflammatory bowel disease)
- ‘Chronic obstructive pulmonary disease’
- Asma
- Kegagalan buah pinggang
- Tekanan perasaan(depression)
Apa Simptom-Simptom atau Tanda-Tanda Kayap?
Simptom akan bermula dengan rasa sakit dikawasan kulit yang terlibat. Perkara tersebut akan berlaku selama 2-3 hari terlebih dahulu.
Kita juga akan mengalami simptom yang am seperti:
- Demam
- Rasa letih
- Sakit-sakit badan
- Sakit otot
Kemudian ia akan diikuti dengan ruam yang mempunyai air. Pada ketika itu, kita akan mengalami kesakitan yang teruk disebabkan keradangan pada saraf dikawasan tersebut.
Apa Rawatan Kayap?
Kebanyakkan jangkitan kayap boleh baik dengan sendirinya tanpa intervensi ataupun rawatan. Ia selalunya tidak begitu berbahaya bagi kanak-kanak berbanding orang dewasa. Walaubagaimanapun, rawatan tetap diberikan kerana ia boleh mengurangkan masa jangkitan berlaku dan mengelakkan komplikasi kronik seperti sakit dibahagian kayap berbulan-bulan lamanya.
Rawatan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti
1) Rawatan sokongan
Penggunaan losyen kalamine boleh mengurangkan rasa gatal pada kawasan ruam dan bertindak sebagai anti-bakteria. Ini adalah untuk mengelakkan pesakit menggaru kawasan tersebut yang boleh menyebabkan jangkitan bakteria pula
2) Ubat Tahan Sakit
Kebanyakan pesakit akan mengalami simptom kesakitan disebabkan kayap tersebut. Ia adalah rungutan yang selalu diceritakan oleh pesakit kepada doktor. Kegagalan dalam rawatan tersebut akan menyebabkan pesakit menderita
Penggunaan ubat nSAIDS seperti mefenemic asid dan diclofenac terbukti mengurangkan sakit dibahagian yang terlibat.
Tetapi jika ia masih mendatangkan masalah kepada pesakit, penggunaan ubat yang lebih kuat seperti Gabapentin dan jugak tramadol mungkin diperlukan
3) Ubat Anti-Viral
Terdapat ubat anti-viral untuk merawat pesakit kayap. Jika di dalam jangkitan bakteria, ubat antibiotik digunakan untuk membunuh bakteria tersebut, maka dalam jangkitan virus, kita akan gunakan ubat anti-viral.
Ubat anti-viral yang selalu digunakan dalam rawatan kayap adalah acyclovir. Kita selalunya akan diberi makan ubat ini jika tempoh penyakit tersebut masih kurang daripada 3 hari. Tetapi jika ia telah lebih daripada 3 hari, selalunya rawatan anti-viral tidak diberikan kerana ia tidak akan mengurangkan tempoh penyakit tersebut.
Testimonial Sembuhkan Kayap Dengan Makan Vitamin Shaklee






Testimonial Sembuhkan Kayap Dengan Makan Vitamin

Cara Beli Vivix Shaklee (KLIK SINI)
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil Pengedar Shaklee Sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:
SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE dan SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE. 1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee. “Ingin mendapat jana pendapatan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga!Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”